Waktu Sekarang

Logo Sekolah

Logo Sekolah

Maklumat Guru

UNIT PEPERIKSAAN

UNIT AKADEMI

UNIT HEM

UNIT KOKURIKULUM

Kakitangan Sekolah

TADIKA AGAMA JOHOR

Kalender

Sejarah Sekolah

Sekolah Agama Felda Ulu Tebrau telah dibuka pada tahun 1973 dan pada asalnya menumpang di bangunan Masjid Jamek Felda Ulu Tebrau. Seterusnya pada tahun 1975 pihak pengurusan LKTP Ulu Tebrau telah membina bangunan satu tingkat yang boleh menempatkan 6 buah bilik darjah bagi Darjah 1 – 5. Pada tahun 1989 , pihak pembangunan Felda telah membina satu lagi bangunan dua bilik darjah bagi menampung kekurangan bilik darjah yang mana pada ketika itu jumlah murid telah mencecah hampir 900 orang . Kini dengan adanya bangunan Pusat Sumber dan Bangunan Surau yang diusahakan pembinaannya oleh Ustaz Syed Ali Bin Syed Hood yang pada masa itu adalah Guru Besar sekolah ini, memudahkan lagi sessi pelajaran dan pembelajaran. Latihan amali dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Pada tahun 2007, sebuah lagi bangunan dirikan untuk Tadika Agama Johor (TAJ) yang diusahakan oleh pihak pengurusan Felda Ulu Tebrau sendiri. Ianya terbahagi kepada dua kelas iaitu kelas untuk murid 5 tahun dan 6 tahun dan terdapat dua orang guru tadika sehinggalah kini.

Guru Besar Yang Pernah Berkhidmat
1. Ustaz Muslimin Bin Haji Tahir
2. Ustaz Mohd Amin
3. Ustaz Hj. Mohd. Din Bin Hj. Baharan (1991)
4. Ustaz Mohd Nasir Bin Hj.Syukur
5. Ustaz Syed Ali Bin Syed Hood (1998)
6. Ustazah Rugiah Binti Gimin
7. Ustazah Misnah Binti Hj. Paimin (2000-2005)
8. Ustazah Rosmah binti Hj Sariat (2006 -2008)
9. Ustaz Mohd Razib bin Mohd Aris (2009 - 2010)
10. Ustazah Rupinah binti Yahya (2010-skrg)

0 comments:

Catat Ulasan